Monday, June 20, 2011

RAKYAT BERHAK DAPAT KEAMANAN !

Di dalam Kerajaan BN berusaha untukmembangunkan negara, banyak isu yang sedang dimainkan oleh pihak-pihak pembangkang. Semua isu ini timbul secara berterusan semenjak BN memenangi PRU 12 dengan mejoriti mudah.

Betul kata Tun Razak, untuk menentukan kemananan, Malaysia mesti diperintah oleh kerajaan yang mempunyai 2/3 mejoriti di Parlimen, satu sebabnya adalah kita merupakan negara campuran kaum.

Dengan kurangnya mejoriti BN di Parlimen dan kehilangan beberapa Negeri, kerajaan telah di perolok-olok kan banyak isu yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim. Sedar tidak sedar, dengan gerakan ini, telah lahir ramai pelapis-pelapis baru yang sungguh kritis dan bersatu hati untuk menentang apa sahaja polisi kerajaan tanpa menghiraukan impak kepada negara.

BERSIH adalah anjuran Ambiga yang sebelum ini digerakan oleh Bar Council. Melalui ceramah dan gerakan beliau serta sokongan Anwar dan Parti Pembangkang, gerakan ini telah mendapat sambutan hanga dikalangan penyokong pembangkang. Jesteru itu, akan adalah pertempuran diantara Penyokong dan Pembankang pada 9 Julai ini.

Apabila Ibrahim Ali menyatakan akan berkumpul pula bersama untuk menentang perhimpunan BERSIH, sudah tentunya negara kita akan berhadapan kemungkinan yang tidak ketentuan. Kemungkinan untuk terjadinya pertempuran besar-besaran diantara Rakyat Malaysia sudah tidak boleh di tahan lagi, sehingga sekarang, perhimpunan-demi perhimpunan untuk menarik sokongan telah dibuat oleh kedua-dua kumpulan.

Mata dunia akan tertumpu pada peristiwa 9 Julai 2011. Mata dunia akan memerhati, adakah cara demontrasi Arab Tengah akan dibawa kepada Asean oleh Anwar Ibrahim berjaya. Sekiranya ianya berjaya dan terdapat bukti yang mana pihak Kerajaan menindas mereka yang melakukan demontrasi, kemungkinan Pihak Antrabangsa mengambil tindakan boleh jadi kenyataan.

Perang diantara BERSIH dan PERKASA sudah pastinya akan membawa polimik baru didalam sejarah Malaysia, gerai-gerai yang menjual parang dan kapak akan mendapat sambutan. Sudah pastinya penjual akan mendapat keuntungan daripada peristiwa ini. Sediakanlah apa sahaja senjata yang kita perlukan sebelum perkara-perkara tidak diingini berlaku.Mungkin ada yang ketawa apabila membaca tulisan ini, tetapi keadaan serupa juga berlaku di Mesir dan Libya yang diceritakan oleh pelajar-pelajar kita.

Oleh itu, Rakyat berhak mendapat keamanan dan pihak Polis seharusnya menggunakan apa sahaja akta yang ada untuk melindungi Rakyat daripada terjerumus bersama dalam polimik mereka yang dahagakan kuasa politik.

Tuesday, June 14, 2011

Saranan wujud unit Perang Siber

KATEGORI DARI BAHAGIAN

Saranan Wujud Unit Perang Siber Lebih Sistematik Diberi Perhatian Segera


KUALA LUMPUR, 14 Jun- Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh melihat saranan dan pandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar UMNO perlu mewujudkan Unit Perang Siber yang lebih sistematik perlu diambil tindakan dengan kadar segera.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata ini adalah kerana antara sebab kekalahan kita pada pilihanraya umum lalu adalah disebabkan oleh pengurusan isu yang tidak teratur oleh UMNO.

"Sebelum ini, Jentera Media UMNO hanya bertumpu kepada media arus perdana untuk menjawab isu yang dimainkan oleh Pembangkang. Justeru itu, sudah masanya kita seharusnya mempunyai jentera yang lebih bersistematik untuk menjawab apa jua isu yang dimainkan oleh pihak-pihak pembangkang.

"Kita tahu pembangkang menggunakan secara meluas media alternatif untuk memainkan propaganda dan pembohongan yang jelas yang tidak berperikemanusian, rakyat berhak mendapat jawapan dan input-input yang benar agar  isu yang dimainkan dapat di kawal secara teratur yang akhirnya akan memberi kebaikan kepada rakyat," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mempunyai bajet yang besar di dalam mengurus takbir isu dan pembohongan demi untuk memenangi propaganda yang mereka cipta setiap hari.

"Walaupun UMNO mempunyai Unit Media Baru  yang ditugaskan di setiap pilihan raya kecil telah berjaya memainkan peranan di dalam menangani isu-isu semasa pilihanraya kecil namun unit ini perlu diperkasakan lagi secara sistematik.

"Alhamdulillah, dengan penghak upayaan yang diberikan, gerak kerja perang siber dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan tersusun. Jika UMB diberi penghak upayaan yang sama untuk PRU13, InsyaAllah, UMB akan menunaikan tanggung jawab dengan kepercayaan tersebut sebaik mungkin," ujarnya kepada UMNO-Online.

Katanya, semasa di Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, unit ini telah berjaya menggunakan seluruh jentera yang telah di latih untuk bertugas dan ianya terbukti telah membantu BN untuk menang di Sarawak. -MediaUMNO

 

 

 

Berita Bertarikh 14 June 2011 Pada 4:36 PM



Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...